Selamat Datang ke kolam duit....

Saturday, May 7, 2011

Pabila Hatiku Berbicara Soal Jodoh

Bacalah
Ya Allah... jika jodohku sudah menghampiri nanti, janganlah saya dipaksa membuat banyak pilihan..Temukan sahaja dengan jodoh yang serasi dengan saya...Yang bersedia menerima saya seadanya..Mengahwini dan menerima bukan kerana saya semata-mata tetapi sudi menerima apa jua keadaan keluarga...

Moga jodoh saya nanti menyayangi mak dan ayah sebagaimana saya menyayangi mereka..Moga jodoh saya mengambil berat kebajikan mak dan ayah sebagaimana saya ingin menjaga kebajikan mereka..Biar nanti, perkahwinan itu bukan sahaja menyatukan 2 hati, malah menjalinkan ukhwah antara keluarga.. Bagaikan isi dengan kuku..

Ya Allah, yang penting temukan saya jodoh yang sudi menerima saya sebagai sahabat, kekasih dan isteri . Yang saling kasih mengasihi  sehingga ke akhir hayat nanti... Sama ada saya ataupun dia yang sakit atau dipanggil olehmu dahulu, kami saling setia sehingga akhirnya kami menemuimu di Firdaus yang satu...

Ya Allah, jika ditakdirkan jodoh saya terlebih dahulu memasuki syurgamu dan menemui jodohnya Si Bidadari Bermata Jeli , berikalah saya peluang ya Tuhan, melihat kelibat dan menatap wajahnya walau barang seketika dari kejauhan..sekadar di pinggiran ..cukuplah untuk saya tahu dia berada disitu....

amin...Terima Kasih Ya Allah ....

No comments:

Post a Comment